Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

~~HePi BeSDaY T0 ME!!!~~

23hb Nov hari tu ulangtahun kelahiran aku.....
yg ke-.........hiihihihihihihiih..yg tak tau,teka sdiri..hadiah tak disediakan...
yg tau..diam2 ja..hihihihiih.....
pagi2 aku mai ofis,aku nk punch kad aku,tgk da ketas wana biru tu..
hiihihi..rasa malu lak...cm prank yg sopan lak..hihihi......
ok la...nway thanx to suma yg wish utk aku......
hihi...

TeRKeDoN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiada arahan bai'ah cerai talak tigaOleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my KUALA LUMPUR 9 Nov. - Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai'ah sebagai akujanji dan taat setia kepada parti tetapi secara rasminya tiada arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan amalan itu dipraktikkan secara meluas adalah tidak benar dan pihaknya yang memandang serius perkara itu sedang melakukan siasatan lanjut."Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan saya supaya menyiasat perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan kerana Pas Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai'ah cerai talak tiga."Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan," katanya kepada ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah …

Janganla Sampai Camni.........

Isteri menangis, suami menggigilOleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada k…