Pages

Thursday, 20 June 2013

Pengalaman Mengandung:Uri Di Bawah

Masa aku mengandung Adawiah,tak ingat sama ada 3 bulan atau 4 bulan,aku perasan bila aku kencing,ada darah yang mengalir keluar bersama.Ada spotting. Dalam 3 hari macam tu,aku bagitau kat suami aku. Suami aku bagitau mak mertua. Mak suruh kami balik kampung untuk berurut sebab katanya dia ada kenal bidan kampung yg terer bab2 camni.

Mak cerita la berkenaan biras aku yang lepas bersalin,dia terasa mcam ada benda nak keluaq sekali bila dia kencing, 'batu meriyan' tak letak elok katanya. Lepas bidan tu urut,dah ok,dah tak rasa dah cm ada benda nak kuaq.

Tapi aku ni,takut jugak nak 'serah diri' utk diurut time ngandung ni ha.Takut gak jadi apa2..Kalau bagitau kat doktor pun,aku rasa,doc takkan bagi aku berurut.Camtu jugakla aku baca pengalaman drpd orang lain bila doc dapat kesan uri kat bawah ni.

Memandangkan aku ni jenis dengaq n ikut ja kata,tak sampai hati nak bantah,ikut kan ja la, walaupun hati ni memang takmo,takut jadi apa2.Ya la..anak sulung,mestilah kita takut sbb taktau apa2.

Tiba hari yang telah ditetapkan,kami p la rumah bidan tu. Aku pun masuk bilik urut,dia suruh baring,n dia rasa2 kat perut aku ni.Dan dia mengaku la uri kat bawah n dia suruh aku rasa sendiri.Ya la..aku pun memang tau uri kat bawah (lebih terer drpd doktor dah aku). Dia baca doa sikit,pastu dia pegang n tolak cket ja naik ke atas (takdan nak rasa sedap kena urut). Sat ja dia kata dah siap..uri dah ok. Aik?? sat ja.hehehe...

Pas hari tu,aku dah tak kencing berdarah dah n takdak dah tompokan darah..

Aku nak share info tentang URI KAT BAWAH NI HA..Aku cilok drpd Babycenter (klik utk artikel penuh)

Apa itu plasenta previa, dan adakah kerap berlaku?

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. 

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi. 


Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?

Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound. 

Apakah rupa plasenta previa?


Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?

Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara. 

Maknanya,aku mungkin berisiko lagi utk dapat masalah n lagi.Semoga dimudahkan segalanya.

Bacaan tambahan lagi berkenaan URI (Klik Sini)

Post a Comment